Categories: BeritaEventMotoGP

Bahan Api Hijau Petronas untuk Perlumbaan Moto 2024

Petronas, bersedia untuk memperkenalkan era bahan api perlumbaan yang lebih hijau musim depan.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pengumuman itu dibuat di Litar Antarabangsa Sepang semasa Grand Prix Petronas Malaysia.

Mulai 2024, Petronas akan melancarkan bahan api Petronas Primax Pro-Race M2, dibuat dengan minimum 40% biobahan api bukan fosil. Ini adalah langkah penting ke arah masa depan yang lebih mesra alam untuk perlumbaan Grand Prix motosikal.

Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, berkongsi keterujaan tentang inisiatif ini. Ezpeleta menekankan kepentingan bekerjasama dengan pemimpin global seperti Petronas untuk menjayakan perkara ini.

“2024 menandakan permulaan era baharu untuk kami mengambil langkah pertama ke arah era global baharu bahan api sifar karbon,”. “Bekerjasama dengan Petronas untuk menjadikan ini satu realiti dalam Moto2 dan Moto3 adalah hebat untuk kami.”

Dorna Sports menyasarkan untuk menggunakan 100% bahan api mampan dalam semua kelas, termasuk MotoGP, menjelang 2027. Matlamat ini sejajar dengan dorongan industri yang lebih luas untuk kelestarian alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon.

Related Post

Pengurus Besar Kanan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, rasa bangga dengan perkembangan bersama Dorna ke arah masa depan rendah karbon untuk sukan itu.

“Saya bangga melihat kerjasama bersama Dorna terus berkembang ke arah masa depan karbon yang lebih rendah,” kata Anita. “Bagi Petronas, bahan api mampan adalah kunci dalam membuka peluang baru untuk mentakrifkan semula diri kami dalam peralihan tenaga ini.”

Bahan api Petronas Primax Pro-Race M2 menjalani ujian prestasi enjin yang ketat dengan pasukan terpilih, memastikan ia memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan untuk perlumbaan kompetitif.

Langkah strategik ini menekankan prestasi tetapi meletakkan Moto2 dan Moto3 sebagai medan ujian sebelum dijual ke pasaran yang lebih luas.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz