GAMBAR-GAMBAR TENTANG BMW G310GS DAN G310R TERKINI SEMASA SESI UJI TELAH DILIHAT.  LIHATLAH GEN BARU G310 TWIN.

BMW Motorrad baru mengeluarkan BMW R18 yang sudah lama ditunggu beberapa minggu yang lalu. Walaupun BMW sedang memberi tumpuan terhadap pengeluaran topeng muka bagi pandemik COVID-19, mereka tidak pernah mengabaikan pembangunan produk. Menurut RideApart, BMW juga sedang berusaha terhadap barisan G310 mereka. Jentera uji BMW G310GS terkini dan G310R yang sedang melalui fasa uji pembangunan dilihat oleh RideApart. Ini adalah semua yang anda perlu tahu mengenai gen seterus G310GS dan GS310R!

REKA BENTUK

Menurut gambar-gambar bocor tentang jentera uji dan 310s terkini serta kedua-dua GS dan R mendapat kemas kini estetik. Kedua-dua 310 twin mendapat reka bentuk lampu depan yang diubahsuai sedikit dengan kluster LED. Selain itu, twin juga mendapat lampu isyarat LED terkini.

Bagi G310GS, fender depan kelihatan lebih sempit. Tambahan pula, kerja badan di sisi kelihatan lebih tajam, agresif dan sedikit lebar.

Related Post

GS310R pula mempunyai penutup lampu depan yang lebih anggun dan tajam. Ia juga mendapat reka bentuk panel sisi terkini. Walaupun kemas kini estetik tidak kelihatan banyak, kemas kini tren kuasa adalah sesuatu yang kami tidak sabar lihat.

Barisan G310 BMW Motorrad dibangunkan bersama dengan TVS Motor Company dari India. Beberapa minggu lalu, kami mendapat berita mengenai G310 twin, TVS Apache RTR 310 mendapat kemas kini BS6. Turut terdapat berita tentang BMW G310 mendapat kemas kini BS6 sama di India tahun ini. Ini bermakna BMW telah mengubahsuai system ekzos atau enjin 2020. Oleh sebab enjin 313cc keluar pada 2016 dengan BMW G310R kami jangka untuk lihat kemas kini pada tren kuasa dengan patuhan Euro 5.

PENGELUARAN

Walaupun model terkini dijangka keluar tahun ini, dengan wabak coronavirus yang berterusan ia mungkin diubah. Manakala, sumber kami juga menjangka bahawa BMW Motorrad mungkin akan lancar 310 twin terkini atas talian.

Sumber: RideApart

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah