HINGGA JULAI 18 2021, ANDA BOLEH BAYAR SAMAN DALAM TALIAN DENGAN DISKAUN 50%!

PDRM tawar diskaun 50% hingga Julai 18 melalui app MyBayar Saman | Sumber: Semakan Online

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan diskaun 50% untuk saman trafik mulai 18 Jun hingga 18 Julai 2021.

PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) akan memberi tawaran pengurangan kompaun saman trafik dalam talian pada aplikasi MyBayar Saman kepada semua saman terpilih yang boleh dikompaun, termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Related Post

MyBayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada dan berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

Orang ramai boleh membayar saman melalui portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman.

ORANG RAMAI BOLEH DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA MYBAYAR SAMAN MELALUI:

  1. Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm&hl=en&gl=US
  3. Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
  4. Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan