Categories: BeritaSukan Motor

Hafizh Syahrin sertai WorldSBK 2022 bersama MIE Racing Honda?

PELUMBA MALAYSIA HAFIZH SYAHRIN MUNGKIN AKAN MULA BAB BARU DALAM KERJAYANYA DALAM WORLDSBK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hafizh Syahrin mengesahkan dia akan meninggalkan Kejohanan Dunia Moto2 musim depan selepas semusim bersama pasukan NTS RW Racing.

Namun, spekulasi mengatakan Hafizh mungkin akan menyertai Kejohanan Superbike Dunia 2022 (WorldSBK) bersama Pasukan MIE Racing Honda.

Hafizh Syahrin Abdullah kini menunggang bagi pasukan NTS RW Racing GP yang berpangkalan di Belanda dalam Moto2.

Related Post

Walaupun tiada pengesahan setakat ini, menurut laporan Two Wheels, kedua-dua pihak telah pun mengadakan perbincangan awal.

Tetapi setakat ini belum ada persetujuan muktamad berikutan perbincangan melibatkan beberapa pihak termasuk Honda, MIE Racing dan Hafizh sendiri.

MIE Racing Honda Team ialah pasukan projek HRC dengan kerjasama Honda dan Althea Racing yang ditubuhkan pada 2019 dan akan beroperasi sepenuhnya sebagai pasukan satelit pada musim 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah