PEMINAT DUCATI TELAH MULA MENEMPAH DUCATI MULTISTRADA V4 PIKES PEAK 2022 SEBELUM TARIKH PELANCARANNYA.

Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu.

Walau bagaimanapun, sumber melaporkan beberapa tempahan telah dibuat untuk model itu di Ducati Malaysia walaupun ia tidak mempunyai tarikh pelancaran rasmi untuk model itu di Malaysia.

Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak tarikh pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada V4 sebelum ini, pelanggan mungkin terpaksa menunggu hampir setahun sebelum ketibaan Multistrada V4 Pikes Peak.

Related Post

Ini secara tidak langsung membuktikan peminat jenama Ducati di Malaysia semakin kuat setiap tahun, malah ada yang sanggup membuat tempahan walaupun harga dan tarikh pelancaran belum diketahui.

Ini juga menggambarkan tahap kepercayaan yang diberikan kepada Ducati Malaysia dalam memenuhi keperluan pelanggan sebaik mungkin.

Oleh itu, tidak hairanlah Ducati Malaysia membawa pulang dua anugerah cemerlang di rantau Asia baru-baru ini. Anugerah tersebut adalah untuk Pasukan Pemasaran Terbaik dan Komersial Terbaik Selepas Jualan.

Sementara itu, orang ramai boleh melihat dengan lebih terperinci Ducati Multistrada V4 dan V4 S yang telah dilancar di Malaysia. Model tersebut didatangkan dengan julat harga antara RM136,000 hingga RM147,000.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan