JUARA BERTAHAN KEVIN BENAVIDES AKAN MENYERTAI RED BULL KTM FACTORY RACING SERTA MERTA.

Kevin Benavides – Red Bull KTM Factory Racing

Red Bull KTM Factory Racing baru mengumumkan Kevin Benavides akan sertai pasukan rali mereka. Pelumba Argentina usia 32 tahun akan bertanding dalam FIM Cross-Country Rallies World Championship dan Dakar Rally atas jentera KTM 450 RALLY.

Benavides adalah juara Dakar tahun ini dan merupakan salah satu pelumba paling hangat. Dia telah menandatangani untuk jenama Austria untuk bersaing bagi piala Kejuaraan Dunia serta mempertahankan kemenangannya di Dakar.

Dia menambah kekuatan tambahan untuk barisan pemenang Dakar yang dinamik serta manfaat daripada pengalaman luas pasukan, dengan 18 kemenangan Dakar yang luar biasa sejak tahun 2001.

Perlumbaan kompetitif pertama Benavides atas jentera KTM dijangka berlangsung di Rally Kazakhstan pada awal bulan Jun.

KEVIN BENAVIDES

Related Post

“Saya berasa sangat teruja untuk sertai pasukan Red Bull KTM Factory Racing, ini adalah perubahan besar bagi saya. Sebagai juara Dakar, langkah ini merupakan bab baru yang penting dalam karier perlumbaan saya. Saya selalu minat jentera KTM, Red Bull, dan bagaimana pasukan itu disusun- saya benar-benar percaya bahawa ini adalah pilihan terbaik untuk saya meneruskan perlumbaan saya dan dapat mencabar untuk lebih kemenangan Dakar dan Kejuaraan Dunia. Saya selalu menikmati cabaran baru dalam kehidupan saya dan saya sangat berharap dapat mengenali pasukan, motosikal, dan untuk berusaha dengan lebih gigih.

Rancangan saya setelah lawatan pertama saya ke kilang di Austria, adalah untuk pergi ke Dubai dan meluangkan masa dengan motosikal, dan pasukan.

Matlamat untuk tahun ini adalah untuk mencuba menyesuaikan diri dengan motosikal secepat mungkin dan mengenali semua orang dalam pasukan baru supaya saya rasa lebih selesa dan dapat menumpukan perhatian pada perlumbaan saya. Saya harap dapat meneruskan program latihan saya sendiri – saya suka menghabiskan banyak masa dengan motosikal, termasuk motosikal rali tetapi juga motocross dan enduro. Menjelang tahun depan, matlamat utama adalah memenangi Dakar berturut-turut. Saya sangat bertuah untuk menjadi pelumba yang disokong oleh kilang di enduro beberapa tahun yang lalu, jadi sekarang saya dapat kembali atas jentera KTM dan dalam pasukan rali Red Bull KTM Factory Racing adalah satu impian dan penghormatan besar. Saya bersyukur atas peluang itu dan tidak sabar untuk mula berlumba!”

JORDI VILADOMS – PENGURUS PASUKAN KTM FACTORY RACING

“Ini adalah masa yang menggembirakan untuk Red Bull KTM Factory Racing, dan kami teruja dapat menyambut Kevin ke pasukan. Saya yakin akan kekayaan pengetahuan, pengalaman, serta motivasi daya saingnya akan memberi banyak manfaat kepada pasukan kami. Ini, digabungkan dengan pengalaman kami yang luas, memastikan kolaborasi yang kuat, yang kami yakin akan memberi banyak manfaat kepada kita semua. Program rali kami menikmati beberapa perubahan ketika kami menumpukan perhatian pada masa depan serta matlamat kami untuk memenangi Kejuaraan Dunia, dan membawa gelaran Dakar kembali ke Austria. Kami berharap dapat memulakan program uji kami dengan Kevin, sedia untuk pusingan pertama Kejuaraan Dunia dalam beberapa bulan akan datang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan