Categories: Berita

Spy shot Honda Winner X (Honda RS150R V3) dilihat di Malaysia

PELANCARAN HONDA WINNER X DIJANGKA BERLANGSUNG SEKITAR BULAN JUN KE JULAI TAHUN INI.

Edisi Khas Honda Winner X 2021 dari Vietnam

Model moped Honda Winner X yang sedang dijual di pasaran Vietnam akan dilancar di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Beberapa spy shot menunjukkan model ini sedang diuji di Malaysia. Spekulasi setakat ini adalah ujian bagi jentera tersebut sedang dilakukan oleh Boon Siew Honda Penang baru-baru ini.

Spy shot sebelum menunjukkan bahagian belakang model dan dalam spy shot terbaru, yang dikongsi oleh saudara Nik Zayne, memaparkan bahagian depan model. Lokasi model berdasarkan spy shot mungkin berada di kawasan sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang, yang tidak jauh dari kilang Honda.

Related Post

Setakat ini, berdasarkan maklumat dari beberapa sumber, Honda Winner X (Honda RS150R V3) dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Jun atau Julai tahun ini. Model itu juga dikatakan akan menggantikan model Honda RS150R V2, yang kini masih dijual di pasaran Malaysia, dengan harga bawah RM8,000 sahaja.

Pelancaran Honda Winner X pasti memberikan saingan sengit kepada model Yamaha Y16ZR yang baru dilancarkan oleh HLYM pada bulan Mac lalu. Harganya tidak dijangka melebihi nilai RM10,000, mungkin sekitar RM9,500 ke atas.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan