Categories: Berita

Anda kini boleh membuat pra-tempahan untuk Fuell Flow

SYARIKAT MOTOSIKAL BARU ERIK BUELL, FUELL, TELAH MENGUMUMKAN MOTOSIKAL ELEKTRIK FLOW KINI SEDIA UNTUK PRA-TEMPAHAN.

Fuell Flow | Sumber gambar: Yanko Design

Ia adalah satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan pelbagai cabaran untuk Erik Buell dan jenama motosikal barunya  Fuell. Tetapi, syarikat motosikal elektrik ini akhirnya membuka sistem pra-tempahan bagi model pertamanya, Flow. Harga akhir masih belum diumumkan lagi, tetapi Fuell kata mereka akan memberi anda diskaun $500 dolar Amerika jika anda membuat tempahan sekarang.

Flow ditawarkan dalam dua versi: 11kW (15hp) atau dengan 35kW. Fuell kata Flow menawar jarak gerak lebih daripada 240 km dalam tunggangan urban. Selain itu, motosikal elektrik ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan teknologi. Pengesan titik buta (Blind Spot detection), sistem anti-perlanggaran (Anti-collision system), camera belakang, ABS dan brek regeneratif dan kesemua sistem keselamatan ini adalah ciri standard.

Related Post

Tetapi Flow juga adalah inovatif dalam cara lain. Contohnya, jika pek batteri atau motor taya belakang dinaik taraf oleh Fuell pada masa hadapan, pemilik boleh memilih untuk naik taraf bahagian-bahagian tersebut!

Dengan ruang simpanan 50 liter dan sedia untuk menunggang dua kali, Fuell Flow boleh didapati di seluruh dunia menerusi sistem tempahan atas talian. Motosikal pertama akan dihantar pada akhir 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah