Juara MotoGP Marc Marquez telah melalui satu pembedahan pada bahunya semasa cuti musim sejuk, namun, dia bukan satu-satunya Sepanyol untuk berbuat demikian. Penunggang baru untuk Respol Honda dan rakan baru Marquez, Jorge Lorenzo turut mendapat rawatan pada kakinya.

Related Post

Pada Aragon GP, di mana Lorenzo dan Marquez bertembung pada selekoh pertama yang menyingkir Lorenzo bagi keseluruhan perlumbaan itu. Lorenzo pula mengalami kecederaan pada kaki kanannya dan berjaya untuk menyelesaikan seluruh musim perlumbaan tanpa memerlukan sebarang rawatan pada kakinya walaupun dia mengalami banyak masalah fizikal.

Hanya sekarang, penunggang Honda ini menghabiskan masanya di Institut Barcelona Dexeus di mana Dr. Javier Mir merawatinya serta membetulkan masalah pada kaki kanannya. Prosedur tersebut berjalan seperti yang diharapkan yang bermaksud Lorenzo harus berada di 100% apabila musim MotoGP 2019 bermula.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan