BERIKUTAN KEJAYAAN BESAR PERLUMBAAN MAYA PERTAMA MOTOGP, ACARA KEDUA TELAH DIUMUMKAN BARU-BARU INI.

Perlumbaan maya pertama MotoGP telah berlangsung Ahad lepas. Selepas keputusan baik MotoGP akan memberi para peminat perlumbaan maya kedua Ahad ini! Ini adalah sesuatu yang anda tidak patut terlepas semasa MCO ini.

Ahad ini pada 15.00 (GMT+2) satu lagi barisan kelas premier akan berlumba seperti juara dunia MotoGP Marc Marquez dan beberapa muka baru juga akan sertai perlumbaan ini. Termasuk Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Danilo Petrucci (Ducati Team). Seperti biasa mereka akan main permainan video MotoGP™19 dari Milestone, dengan MotoGP™20 sedia untuk dilancarkan pada Jumaat 23 April.

BARISAN PERLUMBA:

Repsol Honda Team: Marc Marquez, Alex Marquez

Ducati Team: Danilo Petrucci, Michele Pirro

Monster Energy Yamaha MotoGP: Valentino Rossi, Maverick Viñales

Related Post

Petronas Yamaha SRT: Fabio Quartararo

Pramac Racing: Francesco Bagnaia

LCR Honda Idemitsu: Takaaki Nakagami

Reale Avintia Racing: Tito Rabat

Perlumbaan maya MotoGP dua akan berlangsung di Red Bull Ring dengan rendition digital trek Styrian dan panjang perlumbaan ditetapkan pada 10 pusingan. Seperti acara pertama, sesi layak limit minit dalam mod time-attack akan memutuskan kedudukan grid. Siaran langsung setiap pelumba akan ditunjuk sepanjang perlumbaan ini. Dan jangan lupa, pemenang akan ada sesi siaran langsung di Instagram bersama MotoGP pada 16:00.

Ikuti kami di laman sosial anda untuk mendapat liputan eksklusif!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah