Categories: BeritaSukan Motor

PETRONAS sebagai pembekal bahan api rasmi Moto2 dan Moto3 mulai tahun 2020

Petronas as Moto2 and Moto3 Fuel Partner | Sumber gambar: MotoGP

Dorna Sports baru sahaja mengumumkan perkongsian terkini mereka dengan PETRONAS. Jenama minyak dan gas Malaysia kini adalah pembekal bahan api rasmi untuk Moto2 dan Moto3. Perjanjian ini akan berlangsung selama tiga tahun mulai tahun 2020 dan berakhir pada tahun 2022. Perkongsian ini adalah hebat kerana jenama itu sesuai untuk kelas ringan dan pertengahan dalam Kejohanan Dunia MotoGP.

PETRONAS memang satu nama yang dikenali dalam industri pemotoran sukan. Ia adalah Title dan Technical Partner kepada pasukan lumba PETRONAS Yamaha Sepang. Ia mempunyai pelumba-pelumba terkenal dalam industri iaitu Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo.

Related Post

“PETRONAS adalah bangga untuk menjadi pembekal bahan api rasmi bagi Kejohanan Dunia Moto2 dan Moto3. Perkongsian ini adalah sambungan kepada kerjasama yang berjaya dengan pasukan lumba PETRONAS SEPANG RACING dalam MotoGP dan menandakan pengiktirafan yang ketara mengenai PETRONAS’ Fluid Technology Solutions untuk memberi produk efisien dan berprestasi tinggi bagi arena lumba antarabangsa,” kata Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Group CEO Petronas seperti dipetik dari MotoGP.

“Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif, PETRONAS akan terus berusaha ke arah inovasi dari segi teknologi dalam sektor bahan api dan pelincir, dalam komitmen kami untuk terus memberi produk inovatif yang berdaya saing.”

Perjanjian ini juga memainkan peranan penting dalam iklan trek sepanjang musim. Jenama itu akan dapat namanya di pentas dunia dengan lebih banyak perhatian dan pendedahan.

“Saya bangga untuk mengumumkan perkongsian ini dengan PETRONAS. PETRONAS adalah jenama yang dikaitkan dengan kecemerlangan dan adalah salah satu nama yang sangat dikenali dalam pemotoran sukan moden. Jadi saya rasa amat gembira untuk lihat mereka melanjut kehadiran mereka dalam paddock MotoGP. Kami juga gembira jenama ini kini akan membekal bahan api kepada beberapa perlumbaan yang hebat di dunia dari tahun 2020,” kata Carmelo Ezpeleta, CEO Dorna Sports.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan