Categories: Berita

Gambar motosikal baru Royal Enfield Meteor bocor

LIHATLAH GAMBAR-GAMBAR TENTANG MOTOSIKAL ROYAL ENFIELD TERKINI.

Sumber gambar: GaadiWaadi

Baru-baru ini, didapati bahawa terdapat set baru Royal Enfield Meteor yang telah dibocorkan atas talian. Model 350cc yang sudah lama ditunggu mungkin keluar dengan nama ‘Fireball’. Royal Enfield Meteor 350 sudah mengambil masa lama untuk masuk pasaran. Pengilang India Selatan telah menangguh pengeluarannya oleh sebab pandemik Covid-19 yang berterusan. Kali in pulai, kami dapat menikmati beberapa gambar intip.

Keadaan sekitar pengeluaran antarabangsa tidak menguntungkan sejak sekatan yang dikenakan oleh sebab wabak Covid-19. Pengeluar kereta dan motosikal masih ragu untuk menyambung semula pengeluaran tetapi Royal Enfield telah berusaha dengan gigih untuk memperkenalkan motosikal baru. Dengan gambar-gambar bocor tentang pengeluaran terkini syarikat, terdapat spekulasi bahawa motosikal ini mungkin dinamakan Royal Enfield Meteor 350 Fireball.

Related Post

Dengan grafik rasmi untuk produk baru sedia, pelancaran model baru ini dijangka berlaku tidak lama lagi selepas sekatan di India diangkat. Gambar-gambar mungkin menunjuk konfigurasi atas talian rasmi. Motosikal ini mungkin mempunyai tanda harga Rs 168,550. Namun, ini mungkin bukan harga ex-showroom model yang tepat. Angka yang ditunjuk oleh gambar mungkin juga merangkumi harga beberapa aksesori rasmi.

Motosikal baru ini kelihatan datang dengan pilihan warna cat terang, termasuk kuning dan merah. Roda aloi mendapat rawatan pin-striping koordinat warna. Motosikal ini juga akan mendapat fly-screen berwarna.

Walaupun, ia akan menjadi sebahagian daripada pakej aksesori rasmi dan berharga Rs 1.750. Motosikal baru akan menampilkan enjin baru dengan kapasiti enjin 346 hingga 499cc.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah