Categories: Berita

Servis percuma bagi pemilik motosikal Modenas yang terjejas banjir

MEREKA YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR BOLEH PERGI KE PUSAT SERVIS MODENAS UNTUK MENDAPAT SERVIS PERCUMA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Motosikal dan Enjin Negara (MODENAS) menawarkan perkhidmatan motosikal percuma untuk pemilik yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara 

ketika ini.

Related Post

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada objektif ‘Kempen Khidmat Prihatin MODENAS’ yang memfokuskan usaha membantu membaiki motosikal supaya dapat berfungsi semula.

Kempen ini berlangsung hari ini sehingga 31 Disember 2021 di dua pusat perkhidmatan berikut:

  1. Pusat Khidmat MODENAS (Seksyen U5 Shah Alam)
  2. Pusat Khidmat MODENAS (Kuantan, Pahang)

Menurut pengeluar itu, antara perkhidmatan yang ditawarkan semasa kempen itu termasuk pembaikan biasa percuma, pemeriksaan percuma, cuci motosikal percuma, diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti (15 peratus untuk skuter) dan diskaun sehingga 70 peratus untuk ‘baik pulih’.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi MODENAS di talian 1-800-88-1881 atau WhatsApp +6019-5708135.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah