Categories: Berita

Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa

Honda X-ADV | Sumber gambar: Motorplus

Kami mendapat laporan dari Eropah mengenai model terkenal dan inovatif Honda, X-ADV, akan disertakan dalam tindakan recall. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Eropah, X-ADV mungkin mengalami kehilangan kuasa apabila menunggang pada kelajuan rendah untuk jangka masa yang panjang.

Tindakan recall ini menjejaskan motosikal yang dihasilkan antara 26/01/2017 dan 04/10/2018.

Apabila motosikal ditunggang pada kelajuan rendah terus menerus, haba yang dihasilkan akan menjejaskan alat PPTC (polymer positive temperature coefficient) ECU dan motosikal ini mungkin akan mengalami mod fail safe. Akibatnya, penukaran gear akan menjadi mustahil serta daya penggerak mungkin hilang dan penunggang tidak mungkin menunggang.

Related Post

Pada masa ini, kami tidak mempunyai pengesahan jika masalah ini menjejaskan motosikal yang dijual diluar Eropah, khususnya Asia Tenggara tetapi kami akan tetapi kami akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja kami mendapat lebih banyak maklumat.

Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak menghalang juara dunia MotoGP Marc Marquez daripada menggunakannya untuk membuat muzik!

Jika anda rasa Honda X-ADV anda mengalami masalah sebegini, sila hubungi wakil rasmi Honda Motorcycles anda.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah