Categories: BeritaPetua & Cerita

Omboh bujur pertama di dunia direka oleh Honda

PADA 1979 HONDA MENGHASILKAN ENJIN PERTAMA DENGAN OMBOH BUJUR YANG MEMPERKENALKAN NR500 GRAND PRIX RACER.

Omboh bujur Honda NR500 | Sumber gambar: HRC

HONDA NR500

Perjalanan Honda pada tahun 70-an adalah apa yang menyebabkan penciptaan omboh bujur. Pada 60-an Honda mempunyai Grand Prix yang sangat berjaya sebelum ketiadaan Honda pada awal 70-an. Mereka bercadang untuk kembali semula ke perlumbaan motosikal Grand prix lewat 70-an. Honda sedar semasa ketiadaan mereka, Grand Prix telah diambil alih oleh motosikal dua lejang berbanding dengan empat lejang mereka.

Untuk bersaing dalam Grand Prix, Honda lebih suka bekerja pada enjin empat lejang. Semasa peringkat pembangunan, mereka ingin menambah silinder. Namun, peraturan Grand Prix hanya membenarkan maksimum empat silinder. Jurutera Honda kembali ke papan lukisan semula dan cuba membangun enjin V8 dalam bentuk enjin empat silinder.

Enjin Honda NR500

Hasilnya adalah NR500 bawah siri NR (New Racing) memaparkan omboh bujur dengan 32 injap dan lapan con-rod. Itu bermakna dua con-rod bagi setiap injap dan lapan injap setiap silinder! Tambahan pula, jurutera Honda membuat semua ini untuk sesuai dengan enjin empat silinder biasa!

Honda NR500 | Sumber gambar: Cycle World

Motosikal itu menjana 130 bhp @ 20,000 rpm tetapi tidak berjaya atas litar. NR500 adalah salah satu motosikal radikal yang gagal. Honda kemudian meneruskan dengan mengguna jentera NS500 dua lejang.

HONDA NR750

Sumber gambar: 95 Custom

Related Post

Lewat 1980-an Honda mengguna teknologi sama pada NR750 endurance racer. Beberapa tahun kemudian, pada 1992 Honda bercadang untuk menghasil 300 unit versi jalan NR750 sebagai Honda NR. NR 750cc mempunyai piston berbentuk elips dengan sisi melengkung yang panjang. Walaubagaimanapun, NR500 mempunyai omboh bujur dengan sisi lurus.

Omboh bujur NR500 | Photo Credit: Honda Global

Omboh bujur NR750 | Photo Credit: Honda Global

Enjin 750cc V-empat 90 darjah dengan omboh bujur membenarkan lapan injap setiap silinder seperti enjin NR500 lama. Enjin ini menjana lebih banyak kuasa kerana nisbah udara/bahan api serta mampatan dalam silinder meningkat secara dramatik berbanding dengan enjin V-empat biasa.

Sumber gambar: On Road Zone

Enjin 750cc Honda NR | Sumber gambar: Honda

NR 750cc stock mampu menghasil 125 bhp @ 14,000 rom. Apabila dihasilkan, NR mempunyai tanda harga $50,000. Ia dianggap biasa bagi motosikal yang jarang ditemui yang mempunyai salah satu ciri unik dam reka bentuk luar biasa sehingga hari ini.

Honda NR750 | Sumber gambar: Visor Down

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah