Categories: Berita

Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Suzuki GSX-R750

Suzuki GSX-R 750 | Sumber gambar: Motorcycle Specs

Ia adalah satu perjalanan yang lama untuk middleweight ikonik GSX-R750 sejak pengenalannya pada 1985. Model ini telah membantu Suzuki mencapai banyak kemenangan di litar perlumbaan di seluruh dunia dan turut berjaya dalam jualan. Tetapi sekarang, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Suzuki GSX-R750.

Selama 34 tahun motosikal ini telah memberi setiap penunggang satu pengalaman yang mereka tidak akan lupa apabila mereka memulakan enjin empat silinder. Suzuki memilih untuk tidak mengemaskini GSX-R750 agar sesuai dengan peraturan homologation Euro4 semasa, dan ini bermakna bahawa supersport ini tidak dibenarkan untuk dijual di Eropah sejak 2017. Sementara itu, Suzuki juga membuat keputusan untuk menghentikan perjualan model ini di negara asalnya di Jepun, dan kini, hanya di Amerika sahaja para penunggang akan mendapat peluang memiliki GSX-R750 yang baru, tetapi hanya sementara stok masih ada.

Apabila diperkenalkan di pasaran pada tahun 1985, GSX-R750 melancarkan asas untuk pengubahsuaian segmen supersport dan mendapat inspirasi dari peraturan kejohanan World Superbike.

Malangnya untuk Suzuki, peraturan World Superbike dipinda pada 2003 yang membenarkan motosikal dengan enjin kapasiti besar (1000 cc) untuk menyertai dan itu bermakna GSX-R750 mudah ditinggalkan oleh motosikal yang lebih berkuasa.

Suzuki GSX-R 750 | Sumber gambar: MCN

Related Post

Suzuki membuat keputusan untuk menjual GSX-R750 dengan menaik taraf model sentiasa dengan penambahbaikan casis dan juga memberikan model gaya segar, yang mengembirakan penunggang dan sentiasa berminat untuk memiliki salah satu motosikal ikonik.

Pembaharuan besar yang terakhir berlaku pada 2011 dengan pengenalan enjin yang paling berkuasa dengan 149 hp dan berat basah sebanyak 190 kg. Itulah salah satu titik penjualan terbesar model ini. Keseimbangan antara kuasa dan berat badan adalah sebab GSX-R750 ini agak indah untuk menunggang.

Tetapi adakah ini detik terakhir GSX-R750?

Menurut beberapa sumber, Suzuki sudah mula membangun generasi baru GSX-R750. Projek ini berlaku bersama dengan projek Hayabusa dan walaupun kami tidak akan melihat mana-mana motosikal ini di jalan raya, kami menjangka GSX-R750 baru akan sedia dalam masa dua atau tiga tahun.

Buat masa ini, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Suzuki GSX-R750.

Suzuki GSX-R 750 | Sumber gambar: Gaadiwaadi

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan