Axiis Liion Supermoto | Sumber gambar: RideApart

Kami sudah pun ketahui motosikal elektrik semakin popular dengan peraturan pengeluaran gas yang semakin ketat mempunyai kesan yang besar terhadap perspektif kita terhadap kenderaan ini. Pengeluar besar sedang membangun model masa depan mereka tetapi terdapat juga syarikat kecil yang sedang membangun model elektrik, dan jenama Portugis Axiis telah mendedahkan visi mereka untuk sebuah supermoto elektrik: Liion.

Apa yang bermula sebagai pengeluar komponen motosikal, khusus dalam komponen mesin untuk motosikal off-road, Axis kini telah mengambil langkah berani untuk mencipta dan membina prototaip berfungsi Liion.

Dari lukisan pertama kami boleh dapati bahawa supermoto elektrik ini adalah satu impian, tetapi kini Axiis telah membina rangka, kes bateri dan swingarm sisi yang kelihatan hebat, semuanya direka dari satu blok aluminium. Kami mendapat maklumat terkini mengenai projek khas ini dengan syarikat ini mendedahkan reka bentuk terkini mereka dan spesifikasi teknikal Liion.

Axiis Liion Supermoto | Sumber gambar: RideApart

Related Post

Batteri ini mempunyai kapasiti maksimum sebanyak 78 kWh yang memberi kuasa kepada motor elektrik yang mampu memberi Liion kelajuan maksimum 200 km/h. Kuasa puncak dari enjin ini mencapai 100 kW, tetapi kuasa berterusan kira-kira separuh daripada ini, pada 55 kW.

Dengan berat 134 kg (berat basah) dan jarak roda sebanyak 1429 mm, Axiss Liion supermoto elektrik pastinya akan menjadi sebuah motosikal yang hebat untuk menunggang di sekitar bandar, sementara pada masa yang sama menawarkan keseronokan menunggang pada jalan-jalan berliku di pergunungan.

Maklumat buat masa sekarang tentang pelan Axiis untuk membangun satu prototaip yang berfungsi agak terhad tetapi komponen casis sudah pun dihasilkan. Kami percaya bahawa pada tahun 2019 syarikat Portugis kecil ini dapat menyelesaikan seluruh motosikal dan mula menguji dan membangunkan pakej elektronik untuk mengawal semua kuasa elektrik.

Kami akan terus mengikuti projek supermoto elektrik ini, dan memberi anda semua maklumat terkini mengenai Axiis Liion.

Axiis Liion Supermoto | Sumber gambar: EvNerds

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah