Categories: Sukan Motor

MotoGP – Syahrin meniru gaya perlumbaan Lorenzo dengan Yamaha

Hafizh Syahrin telah mencapai kedudukan ke-14 di Czech GP Brno pada hujung minggu yang lalu. Melalui keputusan itu, Hafizh Syahrin masih mengetuai perlumbaan untuk memenangi “Rookie of the Year” dengan Franco Morbidelli di belakangnya.

Namun di Brno, Syahrin menunjuk kecekapan dan kehandalan hasil dari keyakinan diri yang tinggi. Pada sesi latihan Jumaat beliau menunjukkan pretasinya yang terbaik sejak menyertai MotoGP dan berjaya mencatat masa sebagai pelumba keempat terpantas. Pelumba ‘Tech3’ juga mengaku gaya perlumbaannya dipelajari dengan mengikuti gaya Jorge Lorenzo.

Related Post

Pada mulanya beliau terkejut dengan keputusan kedua-dua sesi perlumbaan hari pertama kerana beliau meniru gaya Lorenzo secara bersahaja. Oleh itu, beliau juga menambah bahawa beliau mengguna gaya perlumbaan Lorenzo di Brno.

Perlumbaan seterusnya untuk Hafizh Syahrin adalah di Red Bull Ring, Austria untuk Austrian GP. Untuk maklumat terkini tentang MotoGP dan Hafizh Syahrin, jangan lupa untuk layari laman web iMotorbike.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah