Apabila Confederate Motorcycles bercadang untuk menukar namanya kepada Curtiss Motorcycles, sebagai tanda penghormatan kepada Glen Curtiss, pencipta enjin V-kembar, syarikat Alabama ini juga telah berikrar untuk mereka motosikal yang mesra alam.

Ia lebih jelas apabila Combat P51 merupakan kumpulan yang terakhir untuk dilancarkan dan syarikat tersebut akan bermula pembinaan motosikal eletrik serta mengalir perhatian mereka daripada pembinaan enjin yang menggunakan sistem pembakaran dalaman (internal combustion engines).

Sudah tibanya masa untuk Curtiss menunjukkan hasil kerjanya yang sekian lama, ia digelar Zeus. Zeus merupakan motosikal E-twin yang pertama di dunia.

Zeus telah dipamer di Quail Motorcycle Gathering hujung minggu lalu sebagai sebuah prototaip dan bukan sebagai produk akhir. Kami yakin bahawa Curtiss akan menampilkan Hercules sebagai hasil kerja terkini mereka, namun tanggapan kami salah. Curtiss mungkin mempunyai pelan rahsia lain untuk masa depan.

Reka bentuk Zeus yang diambil daripada Confederate Motorcycle menampilkan gaya industri dengan kebanyakkan bahagiannya diperbuat daripada aluminium, menghasilkan satu impak visual yang unik.

Namun demikian, Zeus merupakan sebuah prototaip dan kami tidak mempunyai maklumat terkini buat ketika masa.

Setakat ini, apa yang kami faham ialah Curtiss bekerja dengan Zero Motorcycles untuk menyumber dua buah enjin elektrik. Kedua-dua enjin elektrik ini digabungkan untuk mendapati unit E-twin yang mampu menjana kuasa setinggi 170 hp dengan 393 Nm torque!

Related Post

Semua kuasa yang dijana datang daripada bateri pek 14 kWh, tetapi kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi untuk had perjalanan motosikal elektrik ini.

Curtiss Motorcycles telah menggunakan brek double rotor pada hadapan motosikal dan penyerap hentak dari Race Tech (untuk bahagian hadapan dan belakang). Kedua-dua roda pula mengguna cakera diperbuat daripada fiber karbon. Bagi peminat teknologi, papan litar Zeus ialah sebuah iPad dan segala sistem penyalaannya ialah LED.

Maklumat tentang harga motosikal elektrik ini belum lagi dikemukakan tetapi kami beranggapan bahawa motosikal ini seperti motosikal Confederate yang lama, hanya mampu dimiliki oleh bintang Hollywood.  

Curtiss Motorcycles bercadang untuk mempunyai unit jualan pada tahun 2020.

Kami berharap Curtiss akan mengubahsuai tempat kedudukan kerana buat masa sekarang ia tidak kelihatan selesa serta peluang untuk menunggang raksasa motosikal elektrik ini.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan