Categories: Berita

RASMI: Yamaha MT-09 2021 tiba pada harga RM54,998

HONG LEONG YAMAHA MOTOR (HLYM) AKHIRNYA MENDEDAHKAN GENERASI BARU MT-09 SELEPAS SATU TAHUN MODEL INI DIPERKENALKAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Berbanding dengan MT-09 generasi kedua, generasi ketiga ini jelas hadir dengan reka bentuk serba baharu untuk 2021.

Yamaha MT-09 2021 kini hadir dengan enjin tiga silinder 890cc (lebih besar daripada model sebelum) yang kini menjana 117hp dan 93Nm.

Enjin serba baharu ini adalah satu langkah ke hadapan bagi Yamaha dalam mematuhi piawaian Euro5 yang akan berkuat kuasa tahun depan.

Walaupun kapasiti lebih besar, enjin ini lebih ringan berbanding generasi sebelum.

Related Post

Sistem transmisi 6-kelajuan dilengkapi dengan klac jenis assist/slipper yang dikelilingi oleh kerangka Deltabox sebagai tambahan kepada subframe baharu.

Tambahan pula, swingarm turut lebih ringan dengan penggunaan aluminium, jadi Yamaha MT-09 2021 hanya seberat 189 kilogram.

Sistem brek datang melalui angkup Nissin dan cakera brek 298mm pada silinder induk hadapan dan dengan garpu hadapan KYB dan penyerap hentak belakang boleh laras (preload dan rebound).

Apa yang lebih menarik, Yamaha turut melengkapkan MT-09 2021 dengan unit IMU enam paksi yang menawarkan kawalan cengkaman sensitif lean-angle, kawalan slide, cornering ABS, mitigasi rear-lift seperti yang terdapat pada YZF-R1.

Antara ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk skrin paparan TFT 3.5 inci, quick-shifter dengan lampu depan LED auto-blipper dengan DRL.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah