Categories: Berita

HLYM lancar Yamaha Ego Gear serba baru pada RM5,418

HLYM TELAH LANCAR YAMAHA EGO GEAR DENGAN BEBERAPA CIRI DAN WARNA MENARIK.

Yamaha Ego Gear

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan skuter utiliti terbaru, Yamaha Ego Gear, yang boleh didapati pada harga RM5,419.62 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Menurut HLYM, Yamaha Ego Gear menawarkan tunggangan yang tenang dan lancar melalui enjin BlueCore 125cc dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG).

Ego Gear juga menawarkan penjimatan bahan api terbaik melalui fungsi Start-Stop. Ini sangat bagus untuk tunggangan harian.

Related Post

Gabungan lampu LED juga mencipta rupa yang lebih moden sambil menawarkan pencahayaan terbaik sepanjang masa. Bahagian meter juga mendapat pencahayaan yang baik serta membantu menyampaikan maklumat kelajuan pada waktu malam.

Ciri-ciri lain termasuk soket pengecas elektrik akses mudah, lampu kecemasan dan lantai anti-gelincir.

HLYM telah mengatakan bahawa Ego Gear ini didatangkan dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Perak, Merah dan Biru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan