Categories: Berita

Pusat servis MODENAS terpilih dibuka

MENURUT KENYATAAN TERKINI DARI KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI “MITI”, MODENAS AKAN SAMBUNG OPERASI AFTER-SALES DI CAWANGAN-CAWANGAN TERPILIH DI MALAYSIA.

Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) akan sambung operasi after-sales di cawangan-cawangan terpilih. Ini berikutan kenyataan terkini dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan perniagaan-perniagaan tertentu di bawah industri automotif untuk sambung operasi.

Manakala, sila ambil perhatian bahawa operasi after-sales MODENAS akan mengikuti SOP (standard operating procedure) COVID-19 seperti yang diperintah oleh MITI. Ini termasuk, waktu yang lebih pendek, kakitangan terhad dan mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti sosial distancing dan mengambil langkah-langkah kebersihan.

Pusat servis hanya akan layan pelanggan melalui janji temu. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengambil motosikal anda ke sana, anda perlu membuat janji temu atau Whatsapp talian MODENAS pada 019-570 8135. Anda akan dihubungi oleh cawangan masing-masing untuk mengesahkan masa dan tarikh yang sesuai. Juga, pusat servis MODENAS hanya akan menerima janji temu berdasarkan first-come-first-served.

Ini adalah untuk mengehadkan nombor pelanggan yang memasuki premis ini dan mengamal sosial distancing bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Tambahan pula, suhu badan anda akan diperiksa sebelum memasuki pusat perkhidmatan. MODENAS juga menasihati pelanggan untuk memakai topeng muka sebelum memasuki premis.

Related Post

PUSAT PERKHIDMATAN TERPILIH MODENAS

Berikut adalah pusat perkhidmatan MODENAS yang akan beroperasi:

  1. Subang Service Centre, Selangor
  2. Ipoh Service Centre, Perak
  3. Gurun Service Centre, Kedah
  4. Kuantan Service Centre, Pahang

Hari operasi        : Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)

Masa                      : 10.00 am hingga 3.00 pm

Tarikh Mula         : 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak

Ikuti kami untuk mendapatkan kemas kini terbaru dari MODENAS!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah