Categories: Berita

Panggilan balik bagi alas brek Brembo motosikal tertentu

BERSEDIALAH UNTUK SATU LAGI PANGGILAN BALIK BESAR BREMBO; KALI INI PULA ADALAH UNTUK ALAS BREK BREMBO TERTENTU YANG BOLEH GAGAL SEMASA DIGUNAKAN YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN RAMAI ORANG.

Pada mulanya, pada Januari 2018 terdapat isu-isu mengenai silinder induk Brembo, kini terdapat panggilan balik untuk alas brek Brembo. Panggilan balik ini berkaitan dengan sebatian B4M10B dan jumlah nikel yang digunakan dalam pembinaan alas brek.

MENURUT NHTSA (NATIONAL HIGHWAY TRAFFIC SAFETY ADMINISTRATION):

Nickel dalam alas brek menjadikan sebatian alas menjadi berliang yang membolehkan kelembapan. Ini akan menjejas prestasi alas brek. Selain itu, kelembapan boleh menyebabkan pengakisan yang dapat memisahkan bahan geseran dari mounting plate. Akibatnya, ini berpotensi menyebabkan kegagalan brek. Menurut sumber, Brembo telah mengeluarkan penarikan balik global yang berkaitan dengan masalah ini.

Related Post

Walaupun begitu, pengeluar yang melengkapkan alas brek OEM ini memanggil pelanggan yang terjejas untuk mengganti alas brek dari pengedar mereka. Ini semua berlaku dengan Ducati memanggil balik Ducati 1299 Superleggera (pasaran Amerika Utara), diikuti oleh Triumph memanggil sekitar 3,600 unit (model 2018-2020) di Amerika.

MODEL-MODEL YANG DIPANGGIL SEMULA:

  • Ducati 1299 Superleggera
  • 2018-2020 Triumph Speed Triple S
  • 2018-2020 Triumph Street Triple RS
  • 2020-2020 Triumph Tiger 1200 Alpine Edition
  • 2020-2020 Triumph Tiger 1200 Desert Edition
  • 2018-2020 Triumph Tiger 1200 XCA
  • 2018-2019 Triumph Tiger 1200 XRx
  • 2018-2019 Triumph Tiger 1200 XRx LRH
  • 2018-2020 Triumph Tiger 1200 XCx
  • 2018-2019 Triumph Tiger 1200 XR
  • 2018-2019 Triumph Tiger 1200 XRT

Selain itu, tidak ada kemas kini dari FEMA dari Eropah atau pihak berkuasa lain dari Asia dan wilayah lain. Walaubagaimanapun, kami akan terus memberi anda maklumat terkini mengenai masalah ini.

SUMBER: NHTSA, VISORDOWN

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah