NIKMATI KANDUNGAN ASLI MOTOGP DENGAN FACEBOOK MELALUI FACEBOOK WATCH!

Lihat kandungan eksklusif MotoGP dengan Facebook Watch!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dorna Sports dan MotoGP baru mengumumkan mereka akan sambung perkongsian mereka dengan Facebook untuk 2021. Perjanjian setahun baru akan lihat pelanjutan kolaborasi eksklusif yang mula musim lepas. Dengan itu,  kandungan asli MotoGP akan terus tersedia di Facebook Watch di seluruh dunia. Ini akan memberi para peminat seluruh dunia pengalaman maya berkualiti tinggi.

Video di Facebook Watch mempunyai tempoh antara tiga hingga tujuh minit dan dihasilkan oleh MotoGP bersama pelumba dan pasukan dari ketiga-tiga kelas. Dari temu ramah khas hingga behind-the-scenes, highlight, dan rakaman arkib yang luar biasa dari pertandingan selama tiga dekad, peminat dapat terus menikmati beratus-ratus video di Facebook Watch melalui pelanjutan kontrak ini. Facebook adalah platform utama untuk pangkalan peminat global MotoGP, dengan hampir 14 juta peminat sudah mengikuti sukan ini di laman web ini.

JERRY NEWMAN, PENGARAH PERKONGSIAN SUKAN – EMEA DI FACEBOOK

Related Post

“Peminat di Facebook sering mencari kandungan MotoGP dan berhubung antara satu sama lain untuk mengembangkan minat mereka terhadap sukan. Dalam meneruskan perkongsian ini, kami menantikan temu ramah, highlight, dan klip behind-the-scene yang lebih eksklusif disediakan untuk komuniti ini, ketika kami memperdalam interaksi sosial antara penunggang, pasukan, dan peminat dengan cara baru yang inovatif.”

MANEL ARROYO, KETUA PEGAWAI KOMERSIAL DI DORNA SPORTS

“Kami sangat gembira untuk meneruskan perkongsian penting ini dengan Facebook, yang merupakan yang pertama dalam dunia sukan permotoran sejak bermula tahun lalu. MotoGP bertekad untuk berhubung dan berinteraksi dengan peminat kami dan memberi mereka cara baru untuk menikmati dan berinteraksi dengan kandungan kami. Ini menjadikan Facebook rakan kongsi yang sempurna untuk sukan kami. Ini juga merupakan kaedah yang baik untuk berhubung dengan penonton baru, menunjukkan sudut MotoGP terbaik dengan kandungan eksklusif dan menarik.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah