Categories: BeritaSukan Motor

Juara SIC MiniGP Hakim Danish akan debut dalam European Talent Cup

HAKIM DANISH DARI MALAYSIA AKAN MEMBUAT DEBUT PERTAMA DI EUROPEAN TALENT CUP PADA BULAN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hakim Danish, juara musim 1 Kejuaraan SIC MiniGP akan membuat debut pertamanya dalam European Talent Cup (ETC) pada 13 June 2021 di Barcelona-Cataluña dengan pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing bersama Shahrul Ezwan sebagai rakan sepasukan.

Pelumba muda ini telah menunjukkan prestasi luar biasa di Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) di Qatar di mana dia berjaya memperoleh tiga podium. Berikutan kejayaan itu, Liqui Moly Intact SIC Racing Team kini telah mengundang jemputan dan peluang untuk Hakim Danish untuk berlumba dalam ETC berdasarkan prestasi dan usaha yang luar biasa.

Sehingga kini, terdapat empat bakat Malaysia yang bertanding dalam FIM CEV Repsol Championship; Adam Norrodin dalam Moto2 European Championship, Syarifuddin Azman dalam Moto3 World Junior Championship, Sharul Ezwan dan Hakim Danish di ETC. Sharul Ezwan dan Hakim Danish juga bertanding dalam IATC.

AZHAN SHAFRIMAN HANIF – KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SIC

Related Post

“Kami gembira melihat kemajuannya sejauh ini, terutamanya dalam beberapa pusingan pertama dalam IATC. Kerja keras, keazaman, dan komitmen yang ditunjukkan oleh Danish sangat luar biasa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Motorsports Malaysia atas sokongan mereka yang berterusan terhadap program pengembangan bakat kami.”

ZULFAHMI KHAIRUDDIN- PENGURUS PASUKAN SIC RACING

“Saya sangat bersyukur kerana Hakim Danish mendapat peluang ini untuk bersaing dalam ETC. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IntactGP dan SIC kerana menjadikan ini satu realiti. Danish adalah pelumba berbakat. Dia meraih tiga podium dalam penampilan pertamanya di IATC. ETC adalah platform yang baik untuk dia memperoleh pengalaman berlumba sambil bersaing dengan pelumba Eropah terbaik di litar-litar Eropah. Kami yakin bahawa dia dapat menamatkan perlumbaan dengan baik dan membuat kami bangga sebagai rakyat Malaysia.”

HAKIM DANISH – PELUMBA LIQUIMOLY INTACT SIC RACING ETC

“Saya sangat syukur dan teruja untuk berlumba dalam ETC. Berharap dapat bersaing dengan bakat Eropah bersama rakan sepasukan saya, Sharul Ezwan. Saya ingin memberi penghargaan saya kepada semua penaja saya, terutamanya IntactGP dan SIC. Saya cukup yakin saya akan memperoleh pengalaman berharga dengan peluang yang luar biasa ini. Terima kasih!”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah