Tiga D Sedia Untuk Bersinar Di Misano GP

Tiga pelumba negara, Damok, Danial, dan Danish, tak sabar kembali beraksi di Litar Misano Marco Simoncelli, San Marino.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Damok yakin pulih kecewaannya selepas sesi ujian Moto3 di Catalunya dan mahu melakar kejutan di GP San Marino.

Manakala pelumba Red Bull Rookies, Danial Syahmi dan Hakim Danish turut bersemangat untuk mempamerkan aksi yang terbaik pada pusingan terakhir Redbull Rookies di Misano hujung minggu ini.

Related Post

Justeru itu, Damok bakal bersaing di Misano dengan 5 mata secara keseluruhan untuk kategori Moto3, manakala Danial Syahmi dengan 40 mata, dan Hakim Danish 67 mata bagi kategori Red Bull Rookies.

Syarifuddin Azman (Damok)

“Minggu perlumbaan yang berterusan, dan saya mahu membuat yang terbaik di GP San Marino selepas GP Catalunya minggu lalu. Saya telah selesai sesi ujian Isnin lepas, dan saya harap saya dapat gunakan apa yang saya peroleh dan pelajari bersama pasukan, juga jentera saya di pusingan Misano. Saya dan pasukan akan terus bekerja keras untuk musim ini”

Hakim Danish

“Sangat gembira dan teruja untuk kembali beraksi. Ini adalah pusingan akhir untuk Kejohanan Red Bull Rookies, dan saya harap saya dapat berikan yang terbaik. Saya cuba untuk mendapatkan podium, dan menamatkan musim dengan keputusan yang baik”

Danial Syahmi

“Pusingan akhir untuk Kejohanan Red Bull Rookies, saya mahu terus berusaha dan cuba untuk mendapat podium pertama saya untuk musim ini. Kini, masa untuk kembali berlumba, saya tidak sabar untuk kembali menunggang jentera dan berikan yang terbaik”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz