Categories: Berita

KTM mengemaskini 1090 Adventure untuk 2019

Gambar pengintip yang diambil di Eropah menunjuk versi baru yang akan datang dari KTM ataupun versi terkini daripada motosikal 1090 Adventure mereka. Pengemaskinian pada motosikal ini hanya dari segi kosmetik dan fungsi, namun, KTM mungkin akan menambah baik enjin silinder kembar dengan lebih kuasa dan tork.

Tangki minyak yang diguna diambil dari 790 Adventure R yang akan datang dan bukan sahaja membantu penunggang dari segi keselesaan dan kawalan motosikal tetapi juga akan membantu KTM untuk meningkatkan ciri-ciri pengendalian 1090 Adventure ini dengan menurunkan pusat graviti.

Related Post

Reka bentuk motosikal ini akan mempamerkan elemen baru untuk 2019, terutamanya pada bahagian depan. KTM sedang menguji beberapa bahagian yang berbeza sebelum mengumumkan motosikal ini di EICMA Milan. Tambahan pula, fokus untuk motosikal ini boleh dilihat dari segi penyaluran angin supaya 1090 Adventure ini mempunyai lebih banyak kestabilan.

Dan akhirnya, kami menjangka KTM akan melengkapi Adventure 1090 ini dengan skrin TFT yang digunakan pada model 1290 Adventure.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah