Categories: Berita

Honda telah menampilkan lima motosikal baru untuk 2019

Honda, pengilang motosikal terbesar didunia telah menampilkan lima motosikal baru pada acara EICMA Milan minggu lepas di bandar Italia. Jenama Jepun ini memilih untuk memperkuatkan kehadirannya dalam segmen mid-sized dan pada masa yang sama telah mengemaskini beberapa model popular mereka.

Yang pertama daripada kumpulan ini ialah CB650R baru.

Motosikal naked ini mempunyai ciri reka bentuk “Neo Sports Cafe”, gaya dari Honda yang ada pada CB1000R, CB300R dan CB125R. Gaya retro ini tentu akan disukai oleh ramai penunggang yang mahu imej klasik bercampur dengan casis baru untuk tunggangan berkualiti.

Dengan rupa minimalis, CB650R ini mampu menonjolkan enjin empat silinder sebaris sebagai tumpuan utama tetapi terdapat juga ciri lain yang akan menangkap perhatian anda seperti roda dicat emas, lampu depan dengan LED siang hari (daytime LED) ataupun fork Showa SFF depan. Pemilik CB650R turut akan dapat sistem brek anti-kunci (ABS) dan sistem kawalan cengkaman HSTC (traction control system).

Tambahan pula, Honda akan menggunakan CB650R sebagai platform untuk model yang lebih sporty, CBR650R.

Related Post

CBR650R adalah pengganti kepada CBR650F dengan menawarkan pengendalian sport yang lebih baik dengan posisi penunggang lebih kepada gaya sportbike. Hendal telah diganti dengan satu set clip-ons yang diposisikan 30 mm ke arah hadapan motosikal, sementara, pasak kaki lebih tinggi dan lebih ke belakang. Dengan reka bentuk yang memimik CBR1000RR Fireblade, enjin mid-sized sportbike ini mampu rev lebih tinggi dengan 1000 rpm lebih dan mendapat peningkatan kuasa sebanyak 5%.

Dan jika model 650 adalah baru, kesemua model mid-sized turut akan mendapat pengemaskinian daripada Honda!

CB500F, CB500R dan CB500X, kesemuanya yang mempunyai casis sama serta enjin 500 cc silinder kembar selari yang mendapat peningkatan kuasa sederhana dari 3000 dan 7000 rpm. Mereka juga dapat reka bentuk yang telah dikemaskini, slipper clutch, pencahayaan LED, papan pemuka yang direka semula dengan lebih maklumat dan akhir sekali, sebuah penyeyap (silencer) baru dengan double exit untuk bunyi yang lebih garang.

Honda kini mempunyai pilihan yang lebih untuk para penunggang yang ingin meningkat di dunia dua roda. Model roadster, adventure dan sport untuk sesiapa sahaja yang ingin memiliki sebuah motosikal Honda baru pada 2019.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah