Categories: Berita

Suzuki Motorcycle menampilkan V-Strom 650XT ABS edisi 2019

Suzuki Motorcycle V-Strom 650XT ABS | Sumber gambar: Rider Magazine

Suzuki Motorcycle India Pvt Ltd (SMIPL) telah melancarkan motosikal premium edisi 2019 V-Strom 650XT ABS. Harga motosikal ini adalah ₹7.46 lakh (New Delhi).

Suzuki V-Strom 650XT ABS kini dilengkapi dengan grafik baru bersama-sama dengan ciri tambahan seperti lampu hazard dan pemantul sampingan. Motosikal ini dilengkapi dengan enjin 645cc empat lejang, dikelaskan dalam kategori motosikal middle-weight pengembaraan.

Related Post

Motosikal ini mempunyai teknologi suntikan bahan api yang mengagumkan untuk meningkatkan prestasi dan dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) untuk menyediakan penunggang bagi setiap situasi.

Menurut Pengarah Urusan SMIPL Satoshi Uchida, motosikal baru Suzuki edisi 2019 akan dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan untuk “menambah daya tarikan motosikal yang sangat berkemampuan ini “.

“Kami telah menerima sambutan yang positif sejak pelancaran Suzuki V-Strom 650XT tahun lepas, dan kami ingin meneruskan momentum,” dia menambah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan