Categories: Berita

Kawasaki Ninja ZX-6R adalah satu motosikal untuk stunt riding!

Stunt riding adalah salah satu cara untuk menemui tahap maksimum motosikal anda dan pada masa yang sama menunjuk kemahiran anda atas dua roda….atau satu sahaja! Motosikal aksi adalah motosikal yang telah diubahsuai dengan banyak tetapi Kawasaki Ninja ZX-6R ini, versi 636 supersport dari Akashi telah meningkatkan stunt riding ke tahap seterusnya.

Projek ini dicipta oleh Jamie Baker (JB Stunts) dari Australia dan menurut apa yang kami tahu, ini adalah ZX-6R pertama untuk mendapat kit turbo.

Related Post

Dia memberi nama BERSERK dan idea keseluruhan untuk mereka motosikal turbo ini bagi lagak ngeri bermula pada 2017 semasa Jamie sedang mengembara dunia untuk melaksanakan pelbagai pertunjukan aksi. Projek ini bukan mudah untuk siap kerana kit turbo bukan sesuatu kit yang boleh dipasang begitu sahaja. Segala-galanya perlu diubahsuai bagi enjin 636 cc untuk memegang kuasa turbo, dan itu bermakna masa yang lama untuk mereka bahagian-bahagian yang diperlukan.

Jamie Baker kini akan mula menggunakan Ninja ZX-6R BERSERK turbo pada pameran aksi, jadi berhati-hati dan pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihatnya beraksi sambil menentang graviti atas dua roda.

 

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan