VIDEO ACAH BARU MENDEDAHKAN KETIBAAN MOTOSIKAL BARU. TRIUMPH MENGUMUMKAN STREET TRIPLE 765 RS BARU. MOTOSIKAL INI AKAN DIDEDAHKAN SECARA RASMI PADA OKTOBER 7.

Street Triple RS | Sumber gambar: Bikes Republic

Kami mempunyai hanya beberapa minggu lagi untuk mendapat segala maklumat serta informasi mengenai Triumph Street Triple 765 RS baru. Video acah baru menunjuk Street Triple 765 RS baru membuat beberapa pusingan di litar Jerez.

Dalam video, kami tidak dapat lihat apa yang Triumph telah lakukan pada roadster tersebut. Bunyi enjin tiga silinder lebih baik. Enjin ini kini perlu mempunyai bahagian dalaman yang berbeza untuk mematuhi homologasi Euro5 baru.

Menurut fail homologasi dari Amerika Syarikat, Street Triple 765 RS mempunyai kuasa sama tetapi berat sedikit tinggi (+7 kg). Ini kerana sistem ekzos kini mempunyai dua pemangkin.

Related Post

Dari video acah, kami juga dapat lihat lampu depan kembar seperti biasa yang disimpan pada versi 2020. Tetapi Triumph telah mereka semula lampu depan itu. Kini mereka lebih agresif dan menunjuk sistem penyalaan penuh LED.

Kami perlu tunggu hingga 7 Oktober untuk mendapat segala maklumat mengenai Triumph Street Triple 765 RS baru. Sehingga itu, nikmatilah video acah dibawah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan