KILANG HAMAMATSU INGIN MEREKA KATANA YANG LEBIH HEBAT. SUZUKI KATANA R AKAN TIBA PADA 2020 DENGAN LEBIH BANYAK LAGI!

Suzuki Katana R | Sumber gambar: Cycle News

Sumber Jepun kami dari majalah Young Machine memberitahu kami bahawa Suzuki sedang membangun versi baru Katana yang lebih hebat. Ideanya ialah untuk mereka motosikal yang lebih baik dari semua aspek apabila dibandingkan dengan Katana semasa.

Suzuki Katana R ini akan menampilkan enjin baru. Berdasarkan enjin empat silinder sebaris GSX-R1000, enjin ini mungkin mendapat peningkatan kapasiti hingga 1200 cc. Ini bermakna, Katana R akan menawar lebih banyak kuasa daripada Katana semasa dengan 148 hp.

Dengan swingarm baru, suspensi yang lebih baik dari GSX-R1000R, dan brek yang lagi hebat, Katana R baru ini lebih tangkas. Sportbike yang benar dengan fairing kecil.

Related Post

Posisi menunggang juga akan ditukar. Hendal yang lebih tinggi akan diganti dengan clip-ons  rendah. Ini akan memastikan penunggang berada dalam posisi lumba semasa menunggang.

Bagi bahagian elektronik, Katana semasa menawar pilihan untuk menukar mod tunggang dan kawalan traction. Tetapi Suzuki Katana R baru akan menawar lebih banyak lagi! Anda dapat brek enjin, cornering ABS, kawalan wheelie dan mungkin quickshift.

Kami tidak mempunyai maklumat lain tentang Suzuki Katana R baru. Tetapi sumber telah mengesahkan bahawa motosikal baru ini akan didedahkan semasa Tokyo Show.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah