Categories: Berita

Polis Dubai mula melatih pegawai mereka dengan motosikal terbang!

Sedangkan kami semua menunggu rekaan baru model elektrik dari industri motosikal, di Dubai pula, jabatan polis telah pun berada pada tahap yang lain dengan motosikal terbang!

Minggu ini, polis Dubai telah mula melatih pegawai mereka untuk meronda jalan (dan gurun!) dengan S3 hoverbike, pengeluaran Hoversurf. Mereka agak yakin dengan projek futuristik mereka yang terkini dan telah pun menampilkan sebuah video tentang sesi latihan mereka.

Jabatan polis Dubai berharap untuk mendapatkan semua pegawai mereka untuk melaksanakan tugas rondaan dengan motosikal terbang ini pada tahun 2020. Buat sementara waktu, fokus mereka adalah dengan melatih pegawai mereka untuk mengendali S3 hoverbike. Motosikal ini mempunyai empat bilah kipas di setiap sudut dan kuasa dijana oleh bateri yang akan membolehkan motosikal ini untuk terbang selama 10 hingga 25 minit.

Related Post

Dalam mod drone, S3 hoverbike mampu terbang lebih lama dengan 40 minit.

Motosikal terbang yang anda lihat dalam video serta gambar bukan versi akhir yang akan diguna oleh polis Dubai. Contohnya, bilah kipas yang terdedah itu akan dilengkapi dengan penutup yang akan melindungi para penunggang semasa menggunakan motosikal ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah