Categories: Berita

Program “Ducati Cares” dilancar untuk sambut pelanggan dan peminat dengan selamat

PENGILANG MOTOSIKAL BORGO PANIGALE MELANCAR PROGRAM DENGAN KESELAMATAN SEBAGAI KEUTAMAAN PERTAMA.

Ducati Cares | Sumber gambar: Ducati

Ducati baru melancar program “Ducati Cares” yang membenarkan pengedar Ducati untuk menyambut semula pelanggan dan peminat mereka. Program ini memberi tumpuan terhadap keselamatan. Ia juga akan menjawab kepada keperluan untuk menyambung semula kehidupan biasa dan pengalaman yang ditawar semasa menunggang motosikal.

Program “Ducati Cares” akan membawa banyak manfaat kepada rangkaian pengedar Ducati sedunia. Ia memberi garis panduan supaya Ducatisti dapat mengalami kesenangan semasa kembali ke pengedar tempatan mereka. Teras program ini terdiri daripada beberapa siri tindakan dan langkah berjaga-jaga yang setiap pengedar Ducati akan laksanakan untuk memastikan keselamatan pelawat di setiap pengedar terjamin. Beberapa langkah telah diambil seperti petunjuk bagi jarak selamat, topeng, disinfektan, dan lain-lain langkah berjaga-jaga akan tersedia bagi semua Ducatisti di pengedar dan atas talian.

DUCATI TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN YANG TELAH DIALAMI OLEH PASUKAN PETUGAS DALAMAN SYARIKAT. IA DISEDIAKAN SELEPAS TANDA-TANDA PERTAMA TENTANG APA YANG AKAN MENJADI WABAK GLOBAL.

Melalui Task Force Ducati merancang untuk menjamin keselamatan kakitangannya di ibu pejabat Borgo Panigale. Mereka juga akan memastikan ini dilakukan di semua anak-anak syarikatnya di seluruh dunia. Beberapa minggu yang lalu, syarikat ini telah menyusun semula proses dalamannya di mana perlu. Ini termasuk slot masa yang ditetapkan di restoran syarikat, susun atur baru persekitaran kerja, aktifkan smart working dan langkah-langkah keselamatan lain untuk melindungi semua kakitangan. Program “Ducati Cares” adalah berdasarkan pengalaman yang dikumpul oleh Task Force. Ini akan menjamin keselamatan dan ketenangan fikiran pelanggan dan kakitangan pengedar yang mewakili syarikat di seluruh dunia.

“Ia sudah jelas bahawa virus ini tidak akan hilang daripada kehidupan kami bila-bila masa lagi. Kita harus belajar menghadapinya. Dengan melaksanakan segala tindakan untuk melindungi diri” kata Francesco Milicia, VP Global Sales dan After Sales. “Dalam konteks inilah, dengan memanfaatkan pengalaman yang dikumpulkan oleh Task Force dalaman kami dan juga beberapa Penjual Asia kami, kami telah mengembangkan program Ducati Cares untuk menyokong rangkaian pengedar kami di seluruh dunia. Ini akan membolehkan pengedar kami untuk menyambut pelanggan kami dengan cara yang paling selamat dan praktikal.”

Related Post

DUCATI SELALU MEMAINKAN PERANAN DALAM DIGITALISASI. INI ADALAH UNTUK MEREKA PELUANG BARU UNTUK BERHUBUNG DENGAN PARA PEMINAT.

Oleh sebab pelaburan yang dilakukan dalam beberapa tahun ini dan juga perkongsian penting dengan Salesforce – pemimpin dalam platform digital menyokong aktiviti jualan dan pasaran – Ducati sedia untuk menawar peminatnya perkhidmatan inovatif yang boleh digunakan dimana sahaja. Anda boleh berinteraksi dengan pengedar melalui chat atau video call, menempah sesi uji, membuat konfigurasi motosikal baru (juga tersedia melalui QR code dalam harga) dan kemungkinan untuk membeli motosikal-e, pakaian, pakaian sukan dan barang lain melalui store atas talian di shop.ducati.com.

Para pelanggan boleh mendaftar melalui MyDucati. Ia adalah sektor atas talian khusus di Ducati.com. Ini adalah untuk mendapat semula konfigurasi sebelumnya untuk berkongsi bersama kawan. Para pelanggan juga tidak lama lagi akan dapat untuk mengurus temu janji dengan pengedar secara langsung dari portal.

SOKONG RANGKAIAN PENGEDAR MELALUI PELAKSANAAN DIGITALISASI.

Untuk kedua-dua bidang Sales dan After-Sales, Ducati memberikan latihan atas talian melalui aplikasi tertentu dengan pendekatan yang sangat berkesan dan interaktif. Setiap minggu kandungan mikro akan disediakan. Ini adalah untuk memastikan pasukan penjualan sentiasa terkini mengenai semua aspek pengurusan hubungan pelanggan.

Ducati juga membuat arkib isi dan maklumat penting. Ini akan membolehkan sebahagian besar latihan pengedar atas talian atau melalui siaran web, khususnya untuk aktiviti perkhidmatan. Untuk bidang keunggulan penting untuk Ducati, program penyelenggaraan ramalan digital tanpa kertas akan disediakan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan