Categories: Berita

Modenas Vulcan S diperkenalkan bermula dari RM36,500

EDARAN MODENAS SDN BHD (EMOS) SECARA RASMI MENGUMUMKAN HARGA MODEL CRUISER, MODENAS VULCAN S UNTUK PASARAN TEMPATAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Menurut EMOS, Modenas Vulcan S boleh didapati dengan harga bermula RM36,500 untuk pilihan warna Metallic Flat Spark Black dan RM37,200 untuk warna Matte Sage Green.

Untuk rekod, Modenas Vulcan S merupakan salah satu motosikal Kawasaki yang dijenamakan semula sebagai Modenas. Vulcan S juga merupakan model 650cc pertama jenama itu serta Ninja 650, Z650 dan Versys 650.

Sementara itu, Modenas Vulcan S menampilkan enjin kembar selari 649cc dengan penyejukan cecair. Ia mampu menjana 61hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm. Kuasa enjin dihantar ke tayar belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan.

Related Post

Sebagai cruiser mesra penunggang, Vulcan S didatangkan dengan tayar depan 18 inci dan tayar belakang 17 inci. Untuk menambah keselesaan, penunggang boleh menukar tempat letak kaki kepada 3 kedudukan berbeza mengikut keselesaan (25mm ke hadapan dan 25mm ke belakang).

Peralatan lain termasuk lampu LED depan dan belakang serta tangki 14L. Ia turut didatangkan dengan tayar hadapan 120/70 dan tayar belakang 160/60. Motosikal itu juga mempunyai fork jenis teleskopik hadapan dan penyerap hentak belakang jenis ‘horizontal back-link’. Ia dilengkapi dengan sistem brek ABS dwi saluran.

Menurut EMOS, setiap pembelian Modenas Vulcan S didatangkan dengan waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah