HONDA, YAMAHA, KAWASAKI DAN SUZUKI AKAN BEKERJASAMA UNTUK MEMBANGUN BATERI BOLEH TUKAR STANDARD.

Beberapa pengeluar motosikal terbesar di Jepun akan mengembangkan bateri yang boleh ditukar untuk motosikal elektrik mereka. Permintaan yang semakin meningkat untuk mengubah situasi semasa iklim dunia telah tiba ke industri dua roda dan sebagai salah satu nama yang paling terkenal di sektor ini, syarikat-syarikat Jepun telah membincang tentang rancangan mereka untuk mengurangkan karbon.

Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada Honda Motor, Yamaha Motor, Kawasaki Heavy Industries dan Suzuki Motor. “Big Four” ini memegang sekitar separuh bahagian pasaran global untuk motosikal. Pengaruh mereka melintasi sempadan dan langkah itu mungkin menandakan peningkatan besar dalam penghasilan motorsikal dan skuter elektrik di seluruh dunia. Pada bulan April 2019, syarikat-syarikat tersebut membentuk sebuah konsortium untuk mempromosikan motorsikal elektrik.

Related Post

Menurut Nikkei Asia, mereka juga mempunyai rancangan untuk menyeragamkan pengecas. Ini bermaksud bateri harus sesuai dengan ukuran motosikal. Ini juga bermaksud bahawa penunggang boleh menukar bateri terpakai kepada bateri yang sudah dicas di mana-mana stesen pertukaran.

“Ini adalah salah satu jalan keluar untuk mempopularkan motor elektrik, seperti jarak gerak dan masa mengecas,” kata Daiki Mihara pada sidang media di Tokyo. Dia menerajui bahagian perancangan untuk perniagaan kenderaan dua roda Honda.

Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki telah mengambil bahagian dalam sesi uji bagi stesen sebegini di Osaka sejak Ogos 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan