BOON SIEW HONDA BARU LANCAR HONDA EX5 2021 EDISI ULANG TAHUN KE-35 DI MALAYSIA HARI INI. HARGA MULA DARI RM 4,783!

Honda EX5 2021 Edisi Ulang Tahun ke-35

Boon Siew Honda Sdn. Bhd (BSH) baru memperkenalkan Honda EX5 Edisi Ulang Tahun ke-35 (Honda EX5 35th Anniversary Edition) untuk meraih ulang tahun ke-35 motosikal legenda Honda EX5. Honda EX5 Edisi Ulang Tahun menggabung reka bentuk ikonik dengan lambang khas dan kit decal badan khas serba baru.

Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987, EX5 telah menjadi salah satu kapcai yang popular di Malaysia kerana kebolehpercayaan dan ketahanannya yang luar biasa. Menandakan tahun bersejarah ini dengan perjalanan 31 tahun dengan lebih daripada 2 juta unit terjual sejak 1978; EX5 masih kekal sebagai Kapcai yang mampu milik walaupun pada tahun 2021.

Related Post

Honda EX5 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal [PMG-Fi] sejukkan udara 110cc yang menjana 6.37 kW @ 7.500 rpm dan 8.62 Nm @ 5.500 rpm. Selain perubahan estetik, komponen mekanikal tetap serupa dengan model 2020 sebelum.

Honda EX5 2021 Edisi Ulang Tahun ke-35 ditawar dalam dua varian: Varian roda jenis cast dan spoke. Kedua-dua ditawar dalam dua warna pilihan: Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue.

Harga bermula dari RM 4,783 dengan varian roda spoke Honda EX5 2021 Edisi Ulang Tahun ke-35. Sebaliknya, varian roda cast datang dengan tanda harga RM 5,009; tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran di Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan