Categories: Berita

Indonesia lancar warna dan varian baharu Yamaha NMAX 155 2022

MELALUI PENGENALAN PILIHAN WARNA DAN KEMASAN BAHARU INI, NMAX 155 DIJANGKA MAMPU MENARIK LEBIH RAMAI PEMINAT SKUTER DI INDONESIA UNTUK MEMILIKINYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha Indonesia baru-baru ini memperkenalkan model skuter NMAX 155 versi 2022 yang didatangkan dengan tiga varian.

Model terbaru didatangkan dengan dua pilihan warna baharu, Matte Green dan Metallic Red pada harga bermula:-

Related Post
  • NMAX 155 Connected ABS – Rp 34,800,000 (RM10,119)
  • NMAX 155 Connected Standard Upgrade – Rp 31,950,000 (RM RM9,291)
  • NMAX 155 Standard – Rp 30,700,000 (RM8,927)

Pilihan warna Matte Green ditawarkan pada semua varian dengan warna hitam untuk memberikan sentuhan premium. Selain itu, terdapat juga roda emas bagi menonjolkan sisi kemewahan skuter tersebut.

Pilihan warna Merah Metalik tersedia pada semua varian NMAX 155 Standard dan Connected (Naik Taraf Standard). Warna Metallic Red dilihat mampu menonjol lagi gaya sporty dan maskulin selain menggantikan warna Matte Red yang digunakan pada model terdahulu.

Bagi peminat dan pengguna jenama Yamaha, model NMAX 155 sering dikatakan mempunyai gabungan gaya dan prestasi tunggangan yang sangat baik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah