Categories: Berita

Jenama Itali SWM bakal pulang ke UK dengan pengedar utama baru

Sumber gambar: Visordown

Peminat motosikal di United Kingdom pasti teruja kerana mereka akan mempunyai lebih banyak pilihan bagi jalan raya dengan pengembalian SWM dengan perkongsian baru dengan peniaga barunya.

Pengeluar Itali mengumumkan bahawa 3X Motorcycles akan main peranan sebagai pengedar rasmi UK bagi syarikat ini dan terdapat lebih banyak jenis motosikal yang akan memasuki pasaran UK.

Related Post

SWM yang berdiri untuk Speedy Working Motors, membuat penampilan pertama dalam industri ini pada tahun 1971 sebagai pakar off-road. Jenama menghentikan operasi buat seketika waktu di pertengahan tahun 80-an tetapi membuat kepulangannya pada tahun 2015 oleh kerana jurutera berpengalaman Ampeli Macchi dan syarikat China Shineray.

Kini syarikat ini ingin memasuki pasaran UK dimana lebih banyak motosikal akan dikeluarkan di bilik pameran 3X dan mengekalkan strategi pertumbuhan yang diharapkan oleh SWM dapat membawa mereka kembali ke zaman kegemilangan masa lalu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah