Categories: Berita

Peugeot membangun skuter adventure baharu

PEUGEOT AKAN SERTAI HONDA DAN KYMCO DENGAN MENGELUARKAN SKUTER ADVENTURE TERSENDIRI BERDASARKAN METROPOLIS 400.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Syarikat automotif Perancis Peugeot bersedia untuk mengambil langkah pertama dalam segmen adventure skuter dengan memperkenalkan model serba baharu yang akan bersaing dengan Honda ADV350.

Seperti ADV350 dan Kymco DT X360, skuter Peugeot ADV juga menawarkan ciri-ciri praktikal yang sama tetapi dengan keupayaan luar jalan. Sama seperti Honda ADV350, yang berkongsi platform yang sama dengan Forza 350, Peugeot turut membangunkan skuter ADVnya daripada model popular, Metropolis 400.

Ini bermakna model baharu itu akan dikuasakan oleh enjin satu silinder 400cc yang menawarkan 36hp dan 38Nm.

Related Post

Penampilan keseluruhan skuter itu menampilkan elemen lasak, dengan cermin depan tinggi dan ‘beaks’ yang wajib pada semua motosikal tersebut.

Walaupun menawarkan ciri-ciri ADV, berdasarkan imej yang dikongsi, saluran paip ekzos jelas berada dalam kedudukan terdedah berbanding ADV350. Bagaimanapun, DNA ADV nampaknya lebih menonjol pada model ini, terutamanya dengan kehadiran rim jenis jejari (lidi) berbanding aloi pada pesaing lain.

Tiada pengesahan bila model ini akan diperkenalkan tetapi berdasarkan imej penuh yang dikongsikan, Peugeot pasti akan lancar model ini tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah