Categories: Berita

Tarikh akhir pembaharuan lesen dan cukai – 31 Disember 2021

PIHAK BERKUASA TIDAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN ATAS MEREKA YANG CUKAI JALAN DAN LESEN MEMANDU YANG TELAH TAMAT TEMPOHNYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa kementerian telah melanjutkan tarikh akhir bagi pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan hingga 31 Disember 2021.

Dengan lanjutan ini, kementerian memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempunyai lesen memandu serta cukai jalan yang telah tamat tempoh.

“Pemandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah habis tempoh mesti memastikan bahawa insurans kenderaan mereka sah. Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insurans mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa.”

Related Post

Sebelum ini pada bulan Ogos, JPJ telah mengumumkan bahawa semua pengguna jalan raya harus memperbaharui lesen mereka sebelum 30 September. Berikutan itu, pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan akan berlaku mulai 1 Oktober.

Ini termasuk untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Vokasional (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Selain itu, Dr Wee juga menyatakan bahawa mangsa banjir di Yan, Kedah, yang dokumen JPJnya telah musnah akan diberikan penggantian secara percuma. Namun, mereka mesti membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawanya bersama ke kaunter JPJ untuk pengesahan. Bayaran gantian untuk lesen memandu adalah RM20, cukai jalan untuk kereta pada harga RM50 dan motosikal pada harga RM20.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah