KETUA MENTERI TELAH MENGESAHKAN ISLE OF MAN TT 2020 DIBATALKAN OLEH KERANA WABAK CORONAVIRUS.

Sumber: Autosport

Terdapat beberapa acara dan perlumbaan yang telah ditangguhkan atau dibatalkan oleh sebab wabak Covid-19. Ini termasuk Formula 1, MotoGP, WEC, NTC dan acara sukan motor lain.

Isle of Man TT 2020 juga akan sertai senarai panjang ini. Acara ini telah ditetapkan dari 30 Mei hingga 13 Jun 2020. Keputusan untuk membatalkan acara ini telah dibuat awal hari Isnin. Ini kerana kes coronavirus di UK telah melebihi 1000 dalam beberapa hari sahaja.

Sebelum ini, Isle of Man TT dibatalkan pada 2001. Ini adalah kerana penyakit foot and mouth pada masa itu.

Sumber: Autosport

Related Post

Seperti dipetik dari Autosport, Laurence Skelly, Minister untuk Enterprise kata: “Keputusan untuk membatalkan tidak diambil dengan ringan. Semua pilihan termasuk penangguhan telah dipertimbangkan.”

Wakil dari Isle of Man Government kini akan membincang tentang implikasi dengan semua perniagaan, pemegang saham dan para individu berkaitan yang terjejas oleh pembatalan ini yang diakui adalah sangat penting.”

“Dengan kawalan pergerakan untuk masa depan kami ingin membuat keputusan sekarang untuk memberi perniagaan, pelawat dan semua pemegang saham terlibat masa untuk mengurus impak ini.”

“The Isle of Man dan Isle of Man TT menghadapi cabaran-cabaran unik mengenai Covid-19 dan keputusan ini akan memberi kepastian kepada para pasukan, pesaing, penaja dan pemegang amanah acara dan juga kepada pelawat seluruh dunia.”

“Keputusan ini bertujuan untuk memberi jaminan kepada penduduk dan penjaga kesihatan kami bahawa kesihatan serta kesejahteraan mereka adalah keutamaan kami dan fokus kerajaan.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan