Categories: Berita

RASMI: TVS Motor Company sertai ARRC

KEJOHANAN TVS ASIA ONE MAKE 2022 AKAN BERLANGSUNG DI MALAYSIA PADA MEI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Syarikat besar India, TVS Motor Company akan menyertai Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) buat pertama kali menerusi pasukan TVS Racing.

TVS Racing akan terlibat dalam Kejohanan One Make TVS Asia yang akan berlangsung bersempena dengan ARRC.

Penyertaan TVS Racing turut dialu-alukan oleh Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg.

“Penyertaan TVS Racing dalam One Make Championship adalah isyarat yang pastinya akan membuka ruang dalam pencarian bakat baharu. Lebih penting lagi, dengan rakan kongsi dan penerbit baharu ini, ia akan mencetuskan minat terhadap ARRC secara umum,” jelasnya.

Related Post

Pada masa yang sama, Ketua Perniagaan Premium Syarikat TVS Motor, Vimal Sumbly mengatakan penyertaan sulung syarikat itu dalam ARRC akan memainkan peranan besar dalam membawa jenama tersebut ke pentas antarabangsa.

“Kami teruja untuk mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Kejohanan One Make TVS Asia akan memainkan peranan penting sebagai salah satu langkah depan kami di peringkat global untuk TVS Racing. Kami mengambil peluang ini sebagai satu proses pembelajaran dari trek India dan menunjukkan keupayaan kami di peringkat antarabangsa,” katanya.

Vimal turut mendedahkan pihaknya akan mempertaruhkan TVS Asia One Make Apache RR 310 untuk kejohanan itu.

Kejohanan One Make TVS Asia akan menyaksikan 16 pelumba dari seluruh Asia merebut slot terakhir yang akan diputuskan pada 27 April. Proses pemilihan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang semasa pusingan kedua ARRC, bulan depan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah