Categories: Berita

Yamaha lancar TMax dan TMax Tech Max 2022

YAMAHA TELAH LANCAR GENERASI BAHARU TMAX DAN TMAX TECH MAX. KINI HADIR DENGAN REKA BENTUK LEBIH SPORTY DAN CIRI-CIRI ELEKTRONIK CANGGIH.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ciri terbesar adalah reka bentuk lebih sporty dengan Yamaha menuntut TMax mendapat inspirasi dari reka bentuk Supersport. Ini menerangkan penggunaan casis aluminium dan pelana yang lebih agresif.

Tahap keselesaan kini lebih baik dengan cermin depan boleh laras baharu dengan corong udara di tengah yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan angin pada penunggang.

Yamaha turut menaik taraf tayar dengan penggunaan rim Spin Forged yang lebih ringan berbanding model sebelum dan berupaya menurunkan inersia lebih 10 peratus di hadapan dan 6 peratus di belakang.

Related Post

Model 2022 turut hadir dengan tayar Bridgestone Battlax SC2 sebagai standard.

Yamaha turut mengemas kini sistem suspensi dengan fork depan USD 41mm baharu dan penyerap hentak tunggal belakang baru yang meningkatkan lagi tahap kecekapan menunggang.

TMax dan TMax Tech Max 2022 kekal dikuasakan oleh enjin 560cc yang sama. Ia mampu menghasilkan 47hp dan 55.7Nm. Dengan berat 218kg, ia menjadikan maxi-skuter ini paling ringan dalam kelasnya.

Tambahan pula, kedua-dua TMax mendapat skrin TFT 7″ serba baharu dengan sambungan telefon pintar juga. Menambah pada itu ialah peta Garmin yang boleh disambungkan menggunakan Bluetooth/Wifi/USB.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah