PERTANDINGAN MUSIKAL SELAMA SEBULAN INI MENAWARKAN HADIAH BEKALAN PELINCIR ENJIN SELAMA 2 TAHUN BAGI MENGHARGAI JASA PARA MEKANIK DI MALAYSIA!

Castrol Hari Mekanik Malaysia 2021 | Sumber gambar: Castrol

Castrol, salah satu jenama pelincir terkemuka dunia, hari ini mengumumkan sambutan tahunan, Castrol Hari Mekanik Malaysia. Disambut pada setiap tahun sejak 2019, ia diadakan sebagai tanda penghormatan kepada para mekanik di seluruh Malaysia.

Kempen bertemakan “Beat of Mechanics” ini dianjurkan bagi menghargai semangat serta komitmen para mekanik yang sentiasa bertungkus lumus bekerja di sebalik tabir untuk memastikan para pemandu sentiasa selamat ketika berada di atas jalan raya. Castrol menyasarkan untuk mengiktiraf komitmen para mekanik terhadap profesion perkhidmatan automotif di sepanjang bulan Mac 2021 menerusi platform digital.

Kempen yang dijadualkan berlangsung selama sebulan ini menampilkan peraduan sosial media di mana Castrol menawarkan hadiah berupa bekalan pelincir enjin sintetik penuh termaju Castrol EDGE 5W-40 4L selama dua tahun, serta pelbagai barangan edisi terhad Castrol untuk 20 pemenang bertuah.

Related Post

Peraduan yang dikenali sebagai “Beat of Mechanics” ini mengajak para pengguna media sosial untuk mempamerkan bakat tarian mereka dengan menghasilkan video pendek mereka sendiri, berpandukan kepada muzik #beatofmechanics dan koreografi seperti di dalam video yang telah disediakan, digabungkan dengan  kreativiti mereka. Video pendek itu juga mesti menampilkan sebuah kenderaan, sebagai penghargaan kepada mekanik. Para peserta boleh memuat naik video tersebut ke dalam laman Facebook, Instagram atau Tik Tok peribadi mereka dan meletakkan tanda pagar rasmi #beatofmechanics & #CastrolHariMekanikMalaysia.

Anda boleh lihat video #BEATOFMECHANICS di sini:

KEOW MEI-SHAN, PENGARAH PEMASARAN CASTROL MALAYSIA DAN SINGAPURA:

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat meraikan begitu ramai mekanik berjasa di Malaysia yang telah banyak menabur bakti di sepanjang tempoh yang serba mencabar ini. Kami di Castrol percaya bahawa semua mekanik telah menunjukkan semangat yang tidak berbelah bagi sebagai rakyat Malaysia. Kesungguhan, komitmen serta dedikasi utuh yang ditunjukkan oleh mereka dapat dibuktikan dengan para pesakit, barang-barangan dan pekerja barisan hadapan dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat,” jelas Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Castrol dan produk-produknya, sila kunjungi www.castrol.com/my

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan