Categories: BeritaPetua & Cerita

AEON Credit Service melanjut bayaran pinjaman hingga 31 Mei 2020

AEON CREDIT SERVICE PADA MULANYA MEMBERI PENANGGUHAN PINJAMAN SATU BULAN KEPADA PELANGGANNYA. DENGAN LANJUTAN MCO, AEON CREDIT SERVICE MELANJUTKAN LAGI PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN HINGGA 31 MEI 2020.

Bank di Malaysia telah mula memberi penangguhan untuk pinjaman sejak MCO bermula. Manakala, sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (Non-Bank Financial Institution) AEON Credit Service (M) Berhad juga meningkatkan usaha dalam membantu pelanggan mereka dengan memberi penangguhan sebulan bagi semua pinjaman kecuali kad kredit dari April. Dengan MCO dilanjutkan sehingga Mei 12, AEON Credit Services memberi penangguhan pembayaran tambahan satu bulan. Penangguhan ini akan bermula dari 1 Mei hingga 31 Mei 2020; kepada semua pinjaman kecuali kad kredit.

PENGUMUMAN DARI AEON CREDIT SERVICE

PROGRAM BANTUAN BAYARAN

Pelanggan yang dikasihi,

Menurut pengumuman terkini dari kerajaan mengenai lanjutan PKP / MCO pada 23 April 2020, AEON Credit Service (M) Berhad akan sambung memberi penangguhan pembayaran satu bulan (1 Mei hingga 31 Mei 2020) kepada semua pinjaman kecuali kad kredit yang telah diaktifkan bagi semua pelanggan sejak 1 April 2020.

Related Post

Kami akan terus meringankan beban kewangan pelanggan kami yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19. AEON Credit Service juga akan memberi Program Bantuan Bayaran (Payment Relief Programme) bagi pelanggan pinjaman dan kad kredit yang telah terjejas dalam tempoh pandemik ini. Maklumat lanjut disediakan dalam FAQ kami.

Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran kerana masalah kewangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 disarankan untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui e-mel di customer.service@aeoncredit.com.my.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan sedia membantu anda dalam tempoh sukar ini.

#Stayhome #StaySafe

Sumber: AEON Credit Service Malaysia

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah