Ducati dan bekas pelumba MotoGP Casey Stoner telah bersetuju untuk mengakhiri perkongsian mereka pada hujung musim ini. Berita tentang perpisahan ini bermula sejak 2016 dan disahkan pada hujung tahun 2018. Stoner disoal jika dia ingin meneruskan kerjanya dengan Ducati sebagai penunggang development bagi projek MotoGp, dan dia telah memberi petua bahawa dia tidak berminat. Kini kedua-dua pihak secara rasmi telah berpisah.

Apabila Stoner kembali ke Ducati pada 2016, kilang Itali tersebut mampu meneruskan perkembangan prototaip Desmosedici GP mereka. Sejak bekerja dengan penunggang Australian, keputusan setiap musim semakin bertambah baik sehingga prototaip Ducati dikenali sebagai motosikal yang paling seimbang di MotoGP pada masa itu.

Selain daripada membangunkan projek MotoGP, Casey Stoner sebenarnya telah dikaitkan dengan superbike Ducati, Panigale V4.

Related Post

Pengetahuan tentang prestasi motosikal yang ada pada Stoner telah memberi Ducati peluang untuk mendapatkan inputnya bagi beberapa model motosikal. Memang tidak ada keraguan bahawa ramai peminat Ducati menyukai Stoner dan ingin mengambil gambar dengan dia semasa World Ducati Week.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati untuk pengalaman yang hebat serta sokongan daripada peminat Ducati yang mengongsikan semangat untuk perlumbaan dan motosika”l. Casey Stoner juga menambah, “saya sentiasa akan mengingati pengalaman ini”. “Sejak 3 tahun yang lalu saya telah menikmati setiap detik pekerjaan saya dengan pasukan test, para jurutera dan juruteknik yang sering membangunkan pakej Desmosedici GP. Semoga mereka berjaya dimasa hadapan.

Setakat ini Casey Stoner tidak memberi sebarang maklumat tentang masa depannya. Buat masa ini, dia ingin kembali ke puncak kecergasannya selepas surgeri bahunya pada awal tahun depan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah