Categories: Berita

Ducati bakal memperkenalkan versi Monster SP tahun ini

DUCATI MONSTER SP AKAN MENYERTAI VERSI SERUPA PANIGALE SPORTSBIKE DAN STEETFIGHTER, DENGAN LEBIH NAIK TARAF DAN KUASA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal Itali, Ducati akan memperkenalkan tujuh model baharu tahun ini sempena Ducati World Premiere 2023 yang akan berlangsung secara dalam talian mulai September.

Ducati sudah pun mendedahkan tajuk untuk tujuh episod sebelum ini tetapi berdasarkan tajuk yang diberikan, agak sukar untuk teka model yang akan diperkenalkan.

Namun, dengan permohonan tanda dagangan yang difailkan oleh Ducati di Australia baru-baru ini, terdapat beberapa idea tentang model yang akan dipamerkan.

Related Post

Laporan oleh Motorcycle.com mendedahkan Ducati akan memperkenalkan beberapa varian model Monster. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, terdapat tiga varian Monster yang akan diperkenalkan iaitu Monster (standard), Monster + dan yang terbaru, Monster SP.

Melihat kepada model SP yang diperkenalkan oleh Ducati sebelum ini termasuk Panigale V4 SP dan Streetfighter V4 SP, Monster SP dijangka menawarkan penggunaan komponen ringan seperti gentian karbon. Sistem brek pada Monster SP juga dijangka dinaik taraf kepada Brembo Stylema.

Walau bagaimanapun, Ducati Monster SP akan terus menggunakan enjin 937cc V-Twin yang menghasilkan 111hp pada 9,250rpm dan 93Nm pada 6,500rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah