Categories: Berita

Justin Bieber X Vespa Edisi Terhad kini di Malaysia pada harga RM28,000

JUSTIN BIEBER X VESPA EIDIS TERHAD OLEH VESPA DAN PENYANYI, JUSTIN BIEBER.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Vespa Malaysia secara rasminya memperkenalkan Justin Bieber X Vespa edisi terhad untuk pasaran tempatan pada harga RM28,500.

Tidak sampai enam bulan ia dilancar di Eropah, Justin Bieber X Vespa kini berada di pasaran di Malaysia. Penantian itu amat dinanti-nantikan oleh ramai peminat di negara ini, khususnya generasi muda.

Menurut Vespa Malaysia, setiap pembelian skuter edisi terhad itu turut disertakan dengan ‘flyscreen’ dan kotak serba putih dengan backrest.

Related Post

Turut ditawarkan ialah aksesori khas Justin Bieber X Vespa yang termasuk sarung tangan, beg dan topi keledar serba putih.

Vespa sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal termasuk Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon.

Menurut Vespa, Bieber X Vespa adalah model yang unik dan diilhamkan dengan Bieber juga peminat tegar jenama itu.

“Kali pertama saya menaiki Vespa adalah di suatu tempat di Eropah, mungkin sama ada London atau Paris,” kata Bieber. “Saya hanya ingat melihat Vespa dan berkata ‘Saya mahu menunggang salah satu daripadanya.’

“Dapat mengekspresikan diri saya, sama ada melalui seni, muzik, visual atau estetika, dapat mencipta sesuatu — ia adalah sebahagian daripada saya. Akhirnya matlamat dalam mencipta dan mereka bentuk adalah sentiasa memberi sentuhan unik anda pada sesuatu,” tambahnya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah