Categories: Berita

Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia dikeluarkan dengan 5,000 unit sahaja

YAMAHA 135LC FI 5MRO EDISI TERHAD DIDATANGKAN DENGAN TANDA HARGA RM9,198.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan satu lagi model istimewa iaitu Yamaha 135LC (Fi) 5MRO Edisi Malaysia yang terhad kepada 5,000 unit sahaja. Model ini berharga RM9,198.

Pelancaran itu dibuat sempena sambutan pengeluaran motosikal Yamaha ke-5 juta satu ketika dahulu, dan unit ke-5 juta itu juga adalah model 135LC Fi.

Related Post

Model edisi terhad itu ditawarkan kepada orang ramai dengan nombor siri unik daripada 5,000,0001 hingga 5,005,000. Ia menampilkan skema warna merah, biru, kuning dan putih yang diilhamkan oleh Jalur Gemilang.

Model ini didatangkan dengan bakul Premium Yamaha, sama seperti model 135LC SE. Ia mempunyai lencana khas dengan nombor siri dalam bakul serta sijil khas untuk pengesahan ketulenan.

Pembeli juga menerima hadiah kunci keselamatan dan jaket 5MRO khas. Semua unit edisi terhad dijadualkan untuk memasuki pasaran pada pertengahan Oktober.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah